Welcome to wanypelangi.bs.c, Thank you for your visit. This blog just like my own diaries.I'm writing here just to share what I can't say but I can write. Really, I'm not good in talking yet I love to talk. The words that come out just not good enough and sometimes hurt others. my bad...
- wany c(;.

# ::: Bibik Oh Bibik ! :::
Entry updated on Thursday, 10 January 2013
Entry got 0 comments | Fly to top :3


Assalamualaikum
dan
Salam Sejahtera U Olls !

hye2 !! 
*sambil lambai2 tangan and buat muka innocent ala2 kiyut miyut gitu ! *

Baiklah, sekarang aq nak cerita al-kesah petang tadi. Waktu tu jam lebih kurang 1730 @ 5.30petang.

Aq yang tengah melayan youtube ketika itu dikejutkan dengan panggilan dari ayahanda terchenta, Encik Abdul Talib.

Ini lah ayah aq yang tersayang dan terchenta tuh with his one and only(buat masa inilah) granchild, Irfan.!

#Okeyh..ayah aq suka lah buat muka garang dia tuh. Bajet aq takowt plak.huh! #



Dan aq ingatkan ada hal yang penting lah bila beliau memekak (menjerit nama ku dengan menggunakan volume yang agak tinggi) tak hengat dunia memanggil aq tika itu.


Dengan kelam kabot yerk aq pun keluar terkocoh2 mendapatkan beliau. *terkocoh2 tak tahan tuh ! *


Ok. Back to the story. Nak dijadikan al-kesah yerk. Ayah aq rupanya nak aq siang ikan. 


Ok. Petang2 ni dia carik ikan pulak dah. Pagi tadi dah dera aq siang ikan, ni dia bagi lagi ikan. *takde lah kena dera pun.standard ar dapat barang basah untuk memasak setiap hari tu*


Then, aq pun dengan muka blur amat yerk (sebab tak habis terkezut lagi tadi) pun dok tengok jelah muka ayah aq yang tak bersalah tuh dengan ikan2 ditangan dia. *actually ikan2 tu dalam plastik hitam*


Dengan sesengal ubi yerk aq tanya jelah ikan apa plak lah kan yang ayah aq bawak balik dengan muka happy dia tuh.


Ini jelah muka paling happy dia yang aq ada. Ayah aq ni bajet pemalu sikit. 


Dan dengan se’slumber’ itik beliau cakap , IKAN LAMPAM !

Dan aq pun macam…… "WHAT ????!!!" *mulot ternganga dengan ‘luas’nya sebab terkezut yang amat!!!*


Ok.. aq buat ‘what’ tadi tuh bukan bermakna aq ni tak reti siang ikan tersebut. Aq reti. Aq pandai. Dan aq dah biasa siang ikan tu dan ikan2 yang sejenis dengan yerk macam ikan sepat, ikan puyu, ikan keli, ikan haruan. 


Aq memang pandai siang ikan2 ni memandangkan rumah aq ni pun rumah kat kampung. Mestilah pandai dan tahu serta kenal ikan2 ni. 


Time aq sekolah rendah dulu pun aq selalu ar teman ayah aq menjala ataupun meng’gagau ikan' di parit2 memburu ikan2 ni. *aq tak tahu nak explain meng’gagau ikan’ tuh macam mana tapi ia macam kita korek2 selut dan tangkap ikan guna tangan. Ok, main selut sangat best keyh time budak2 dulu. Comot2 tu kegemaran ketika zaman kanak2 dulu ! J *


Aq gaduh dengan ayah aq lebih kurang 5 minit jugak ar punya takmau yerk aq siang ikan tuh. 


Bukan sebab apa. Aq dah lama tak siang ikan2 jenis macam tu. Aq rasa last aq siang ikan2 ni 5 ke 6 tahun yang lepas. Gila kot dah lama ! Takdok lah kata aq dah lupa macam mana nak siang ikan spesies macam ni. Cuma benda dah lama kot ! 



Gaduh punya baek punya gaduh, habis cerita aq kena jugak siang ikan ni. Dah nasib si 'BIBIK' ni gamaknya.  *gelaran untuk aq yang dok umah jer sambil buat kerja rumah. dah lagak macam bibik2 pulak.*

Dengan perasaan ‘sebal’ yerk aq pun menjengah lah ke sinki dapur rumah aq yang sudah menjadi tempat bersemadi ikan2 itu. *ayah aq punya angkara lah.dia pi letak ikan2 tu dalam sinki ! *


Inilah ikan2 yerk.!


Sesampainya aq dekat sinki, terkezut aq tengok bukan ikan lampam jer tapi ikan sepat dan ikan selat pun ada. Aq pun mencarik ler kelibat bapak tersayang aq tuh.


Ini antara dialog kami ;
                
Aq    : Dah apahal ikan lain pun ada ni ayah ?? Kata ikan lampam jer tadi.

Ayah : Lah..ikan sepat dengan ikan selat jer pun.

Aq    : Grrrr ! Dah tu apesal banyak sangat ni ??

Ayah : Bukan banyak pun. 1 jenis ikan, ada 3 ekor.

Aq    : Apesai macam tu pulak ?? Ayah saja lah nak bagi   
sorang sekoq lah merasa ?? Macam tu ?? 
*kat rumah sekarang ni cuma ada aq, ayah dan adek.*

Ayah : Hak.pandai pun !

Aq    : Adoi.. apesal lah aq dapat ayah yang pandai sangat ni ??!!*monolog sorang diri*

Dan dengan perasaan tak berapa nak redha. Aq pun siapkan lah diri untuk menyiang ikan2 tersebut. Sigh~


Okeyh.musti korang nak gelak kat aq kan sebab pakai apron semata nak siang ikan??
Well, actually..aq nak jaga baju. Ikan2 jenis2 ini tersangat2 lah banyak sisik yerk.



Aq start dari ikan selat sebab aq suka ikan ni walaupun bukan ikan peberet aq. 



Bentuk ikan ni macam Ikan Sebelah. 

Ini rupa ikan ni lepas siap aq siang dia.



Tengah aq ralit(leka) siang ikan ni. Tiba2 ayah aq tambah lagi sekoq ikan selat ni. 

Aq pun memberikan jelingan maut lah ! Main sedap2 hati ja bagi lagi ! 

Dan kami pun bertekak lagi...


Aq    : Ayah!!!!!!!!!!!!!!

Ayah : Sekoq ja pun.. (sambil sengeh2 busuk dia)

Aq    : Ayah ni nak kena ek ??!! Mana datang lagi sekoq nih ???

Ayah : Pak Ndak hang bagi.


Okeyh.. baru aq tahu siapa lah pembekal tak bertauliah ikan2 ni rupanya bapak saudara a.k.a adek ayah aq jugak. 

Ni mesti kes ikan dia jala banyak sangat lah tuh. Bertuah punya bapak saudara !

Ayah aq pun mem'blah'kan dirinya sebelum aq start nak bertekak lagi dengan beliau. 

Melihatkan mulut aq dah memuncong tanda protes, sempat ayah aq pesan macam ni kat aq.


"Tak baik merungut. Ni rezeki orang bagi dari Allah s.w.t. Jangan nak cakap banyak."
Aq terus terdiam. Menusuk ke dasar jantung berserta paru2! 
Dan aq pun sambung ler tugas aq dengan penuh dedikasi selepas itu. 


lepas siap ikan selat, aq siang ikan lampam ni.


Dan macam aq bagitahu tadi. Ikan2 ni banyak sisik. Ikan lampam ni lagi lah banyak dan besar2 serta tebal2 sisik2 dia. 

Sampai terpelanting2 sisik2 dia kena pipi aq dan spect mata aq. Sabow jelah!



Ini ikan peberet aq. Ikan sepat ! Nampak somey je kan ?? ^.^


Dah siap ikan2 ni aq siang, aq amek daun serai (well actually aq suruh ayah aq yang pi amek daun serai) dan aq pun toyoh2 ar ikan2 ni dengan daun serai terbabit. *petua dari ayah aq jugak yang ikan2 ni kena basuh dengan daun serai dulu untuk buang hanyir dan sisik2 yang masih bersisa di ikan2 tersebut)


Dalam perut ikan jugak kena bersihkan okeyh. Jangan nak buat2 lupa plak.!

Then…bila dah rasa agak bersih ikan2 ni kena tonyoh dengan aq. Aq pun basuh pulak ikan ni dengan air asam jawa. 

Style aq, air asam jawa kena campur dengan garam nak buang bau hanyir.




Okeyh.. Ini lah rupa ikan2 yang sudah siap di siang. 

Dan siaplah kerja aq! 

Wihuuuuuuu~


Notakaki : Dari pukul 5.40petang sampai ke 6.30petang aq siapkan tugas ni. Punyalah penuh dedikasi aq siapkan ikan2 ni.. hehehehe! 



#Tengah fikir nak masak apa ikan2 ni esok.*tangan kanan di garu2 ke dagu sambil dahi berkerut 3ribu*#