Welcome to wanypelangi.bs.c, Thank you for your visit. This blog just like my own diaries.I'm writing here just to share what I can't say but I can write. Really, I'm not good in talking yet I love to talk. The words that come out just not good enough and sometimes hurt others. my bad...
- wany c(;.
# ::: Cerpen = Tidak Terduga Oleh Takdir::::
Minta maaf le kalau ada banyak kesalahan tatabahasa, ejaan ke. Yelah, aq pun insan yang lemah, banyak melakukan kesalahan. Ada terlebih dan terkurang tuh.. minta ampun, minta maaf.
notakaki : cerita dibawah ini hanyalah rekaan semata2 dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sebarang persamaan dengan jalan cerita mahupun watak2 dalam cerita ini hanyalah kebetulan. bolehlah tinggalkan komen yang membina, saya akan terima dengan hati yang terbuka. Minta maaf pula kalau ada yang tidak menyukai cerpen ini.
Neway, harap kalian enjoy cerpen pertama ku ini.. ^^V
“Hazriq, boleh berhenti sekarang tak? Mana hang nak bawa aku ni? Boleh tak
cakap dulu sebelum nak ‘culik’ aku macam ni?” kelihatan wajah mulus milik
Alysha kemerahan menahan marah. Lepas satu, satu masalah timbul. Walaupun
kehadiran Hazriq Afiq menyelesaikan satu dari masalah yang baru timbul di
restoran Rose Merah sebentar tadi, tidak bermakna Hazriq tidak akan menimbulkan
masalah lain kepadanya pula sekarang bukan?
Memandang wajah yang tenang memandu disebelahnya, hatinya seakan berkocak
hebat. Selepas dua tahun tidak bersua muka, wajah tampan milik Hazriq masih
mampu membuatkan Alysha merasakan getaran hebat di dalam hatinya.
Hazriq yang perasan akan pandangan Alysha terhadapnya itu hanya menyembunyikan
senyuman nakal yang mula terbit di hujung bibirnya. Tiba-tiba idea nakal untuk
mengusik Alysha hadir. Sebelum memberikan signal kereta untuk berhenti, sempat
dia mengalihkan pandangan ke arah Alysha. Alysha yang tidak dapat menduga
bahawa dia akan di’tangkap basah’ kerana memandang Hazriq tanpa berkelip
sebentar tadi hanya mampu mengalihkan pandangan matanya memandang luar tingkap.
Namun tidak lama kerana dia kembali membuang pandang ke arah Hazriq.
Hazriq yang tersenyum manis memandangnya dipandang dengan rasa yang aneh.
‘Kenapa pula mamat ni berhenti dekat Queensbay ni?’ Monolognya di dalam hati.
“Alysha, I think...I want you to know that what that I’m doing back there
not because it’s means nothing but I am really mean what I said.” Hazriq
memulakan mukadimah yang hanya membuatkan Alysha semakin keliru. Apa yang di
katakan oleh Hazriq nampaknya tidak dapat difahami dengan baik oleh Alysha. Dia
kemudianya mengerutkan dahi sambil memuncungkan mulutnya ke kiri dan ke kanan
menandakan dia tidak memahami maksud kata-kata Hazriq sebentar tadi. Hazriq yang
memahami tindak tanduk Alysha tersenyum lagi sebelum menyambung kembali
kata-kata.
“Alysha Narish binti Norman, I like you! I love you!”
kata kalimah yang dilafazkan Hazriq itu bukan sahaja membuatkan hati dan jiwa
Alysha berdetak hebat seperti bom yang akan meletupkan badannya pada bila-bila
masa sahaja tetapi badannya seakan kaku di situ. Hazriq memegang kedua-dua bahu
Alysha dan mula menjelaskan segala-galanya. Tetapi hati dan fikiran Alysha sudah
seakan tidak berada lagi disitu. Dia sudah berada didalam dunia khayalannya
sendiri.
Hazra Laili memandang muka adik kembarnya dengan pandangan yang seakan
hendak menelan hidup-hidup adiknya itu. Mama Nora di sebelah sudah tidak
dihiraukan. Panggilan telefon dari sahabatnya pada petang tadi ketika dia masih
berada di tempat kerjanya bukan sahaja membuatkan dia terkejut namun rasa macam
hendak pengsan mendengarnya. Tidak pernah nampak pula keadaan adiknya itu
menunjukkan rasa minat akan sahabat baiknya Alysha, tiba-tiba dengar cerita
mereka berdua keluar bersama-sama pada hari ini. Bukan sahaja ‘reporter’ yang
memberikan laporan tak bergaji kepadanya sebentar tadi nampak adiknya itu
dengan Alysha makan bersama tetapi mereka juga kelihatan membeli-belah bersama.
Dari mana pula datang keadaan yang tak masuk akal itu.
Dia tahu keadaan adik kembarnya yang tidak mahu mempunyai hubungan serius
dengan mana-mana perempuan. Adik kembarnya itu pernah memarahinya kerana
mengadakan perjumpaan jodoh untuknya. Habis dibaling barang-barang yang ada
didepan matanya ketika mereka sampai di rumah hari tu. Sejak itu lah Hazra
Laili tidak berani lagi mengadakan perjumpaan jodoh untuk Hazriq. Tetapi
perkhabaran yang didengar dari temannya yang bekerja di Quennsbay itu tidak
boleh dipandang sepi.
Hazriq memandang Hazra Laili dengan muka tidak puas hati. Saja mahu
menaikkan kemarahan kembarnya itu. Memang hobi yang suka dilakukannya ketika
mereka bersama. Hazra Laili lagilah merasa bengang. Kusyen yang berada
berdekatan dengannya dicapai dan dibaling terus ke arah Hazriq. Hazriq yang
tidak dapat menduga tindakan spontan Hazra Laili yang pantas itu tidak dapat
mengelak. Mama Nora menjerit.
“Ayong! Sudah! Sudah! Tak boleh ke kamu berbincang elok-elok dengan Angah?
Jangan bergaduh macam ni boleh tak? Pening kepala mama tengok perangai kamu
berdua ni. Ini baru berdua saja ni. Tak campur lagi masalah Adik. Sekarang ni,
cuba bincang elok-elok.”
“Angah ni mama. Eish...rasa macam nak taboh saja!” Hazra Laili mendekati Hazriq
dan menarik-narik rambutnya. Hazriq cuba mempertahankan diri.
“Sakitlah Ayong! Hang kenapa marah-marah pula ni? Angah buat salah apa??
Arghh.. ini yang aku nak marah ni.!” Hazriq pula kelihatan sudah hilang
kesabaran. Mama Nora mendekati mereka dan dengan pantas kedua-dua telinga anak
kembarnya itu dicapai dan dipiat. Mengaduh kesakitan mereka.
“Ma, sakit! Sakit!” Hazra Laili cuba memboloskan diri namun tangan Mama
Nora yang masih belum melepaskan telinganya menyukarkan pergerakan.
“Ma, sakit! Sakit, mama. Kenapa mama nak piat telinga Angah sekali padahal
yang cari pasal sekarang ni Ayong. Mama, lepaslah.” Hazriq membuat muka
simpati.
“Apasal aku seorang pula? Hang yang start buat perangai dulu ok?”
“Aku buat apa?? Cuba cakap!”
“Arghh..hang! Dah buat salah taknak mengaku! Sewel!”
“Aku pula??”
“Dah sudah! Tengah dok kena piat telinga pun boleh dok bergaduh lagi ni??
Kamu ni nak Mama piat telinga sampai putuskah?” Mama Nora mencelah sebelum
kembar yang dua ini bertelingkah lagi. Kedua-dua mereka hanya mendiamkan diri
sambil menahan sakit akibat telinga yang masih lagi dipiat dan tidak dilepaskan
oleh Mama Nora.
Melihatkan muka anak kembarnya itu, Mama Nora tidak sampai hati untuk terus
memarahi mereka.
“Mama, boleh lepaskan kamu berdua tapi janji bincang elok-elok.”
Kedua-duanya mengangguk laju. Tangan Mama Nora segera dilepaskan dari memiat
telinga kembar itu. Hazriq dan Hazra Laili memisat-misatkan telinga
masing-masing yang sudah kemerahan. Memang perit betul ‘hukuman tangan’ Mama Nora.
“Sekarang cakap dengan Mama Ayong, kenapa Ayong marah dekat Angah?” Mama bertanya
lembut. Hazra Laili memandang muka Mama Nora dengan pandangan penuh kasih.
Apabila memandang Hazriq, pandangannya berubah kepada pandangan membunuh. Hazriq
terdiam dan terkeliru disitu. Pandangan yang tidak dapat difahami akan
sebabnya. Apa pula kesalahan yang telah dibuat kali ini. Dia sendiri tidak
pasti. Mama Nora berdehem sedikit apabila melihatkan keadaan ‘sejuk beku’
disitu. Hazra Laili menyedari, lantas dia mengambil ruang untuk duduk di sofa
berdekatan. Pandangan masih dihalakan kearah Hazriq. Dan seakan pesalah yang
akan menerima hukuman, Hazriq hanya memandang lantai dibawah kakinya.
“Ok, kita bincang elok-elok. Sekarang aku nak tahu apa motif hang?”
“Motif??” Hazriq kembali memandang muka Hazra Laili. Mencari jawapan kepada
persoalan yang bermain diminda.
“Yelah. Motif! Hang cakap kat aku hang taknak ada sebarang komitmen
terhadap mana-mana perempuan. Komitmen kat aku lain sebab aku kembar hang. Mama
pun sama sebab Mama kita tapi kenapa hang nak main-mainkan perasaan orang yang
bersusah payah nak lupakan perasaan dia kat hang?? Hang ni kejam tahu?? Hang
kalau ya pun nak main-main, jangan dengan dia boleh tak??” Hazra Laili bersuara
garang. Mama Nora pun terkejut mendengar suara yang lantang bergema disegenap
ruang tamu rumah separa banglo tersebut. Hazriq masih menunjukkan muka
kelirunya. Nampak sangat dia masih tidak faham isi kandungan kata-kata Hazra
Laili.
Hazra Laili semakin berang, tangan yang sudah dikepal-kepal menjadi
penumbuk itu hanya menunggu masa untuk mendarat di muka Hazriq. Mama Nora yang
perasan akan hal tersebut segera bersuara.
“Ayong, Ayong cakap apa ni sayang? Mama tak faham. Angah buat apa
sebenarnya yang buat Ayong marah sangat ni? Main-main dengan orang? Main-main
dengan siapa sayang? Cuba terangkan betul-betul. Mama tak faham ni. Angah pun
macam tak faham. Cuba cerita dari mula sayang.” Mama Nora bersuara dengan penuh
lembut dan berhemah. Hati yang tengah menggelegak pun boleh sejuk dengar suara
yang lembut dan penuh kasih itu. Hazra Laili berasa bersalah kerana menggunakan
nada yang tinggi sebentar tadi. Meskipun dia marah dengan kembarnya itu, Mama
tidak patut turut mendapat tempiasnya.
Pandangan dihalakan semula kearah Hazriq. Sebelum memulakan kata, Hazra
Laili menarik nafas seketika sebelum melepaskannya perlahan. Seakan mengeluh
lagaknya.
“Angah..aku tahu aku tak patut masuk campur hal peribadi hang since hang pernah
mention sebelum ni yang hang tak suka aku dok sibuk-sibuk nak jodohkan hang
kan? Tapi kalau kata hang sunyi dan nak ada awek sekarang dan hang tak jumpa calon
yang sesuai, janganlah hang buat kawan aku sebagai bahan uji kaji hang pula.
Macam hang tak tahu macam mana aku sayang dia. Janganlah main-mainkan dia macam
ni. Kesian kat dia kot. Hang tak kesian kat dia ke?” Laili memprovok Hazriq. Hazriq
semakin bingung. Hendak dikatakan yang dia bekerja sebagai doktor tidak pula,
saintis jauh sekali. Jadi, mana datang pula ‘uji kaji’ yang Ayongnya katakan
itu.
“Ayong, aku tak faham lah hang cakap apa. Hang cakap pasal siapa yang jadi
bahan uji kaji ni? Dan bahan uji kaji apa yang hang cakap ni? Aku seriously tak
faham langsung hang cakap pasal hal apa ni.” Nada yang perlahan dan lebih
kepada memujuk digunakan Hazriq. Dia tahu sekarang ni yang kembarnya itu sedang
marah cuma dia perlukan jawapan yang munasabah di atas kemarahan yang secara
tiba-tiba itu.
Hazra Laili terdiam sejenak. Dia cuba menyusun ayat yang ringkas supaya
adiknya itu lebih faham apa yang dia ingin sampaikan.
“Ok. Macam ni lah. Aku dengar berita yang petang tadi hang keluar dengan Alysha.
Betul ke?”
“Aik. Cepatnya berita tersebar. Berita chanel berapa ni Ayong?” Hazriq
selamba menuturkan kata. Mendengarkan nama Alysha dibibir Ayongnya, dia tahu
punca kemarahan Ayongnya itu. Silapnya juga kerana berkata yang tidak-tidak
kepada Hazra Laili sbelum ini.
“Angah! I’m serious okay?!” Hazra Laili membentak. Hazriq tersenyum seraya
memandang Mama tersayang.
“Ayong..Angah tak cerita lagi dekat Ayong ye? Meh dekat sini Mama nak
cerita. Angah, pergi sembahyang Maghrib dulu.” Mama Nora memberi arahan kepada Hazriq
seraya tangan kanannya menarik Laili duduk dekat dengannya. HazraLailli dan Hazriq
menurut dengan patuh.
“Macam ni ceritanya....”
Hazra Laili termenung panjang seorang diri didalam biliknya sambil
menghadap skrin komputer yang memaparkan ruang sosial Facebook. Dia menatap profile
Alysha Narish. Ditatap status teman yang seakan runsing dengan masalah yang
dihadapi.
Kau yang sudah jauh dari fikiran dan
hati, datang kembali kepadaku..
Aku buntu menghadapi helah kamu..
Apa yang kau mahu dari aku?
Aku...BUNTU!!
Kesian dengan keadaan teman yang keliru. Tangannya segera mencapai telefon
bimbit yang berdekatan. Segera tangannya lincah menekan nama ‘Alysha(BFF)’.
Baru saja tangannya mahu menekan butang hijau untuk menelefon, kehadiran Hazriq
di muka pintu membantutkan niatnya. Dengan senyuman manis yang terlukis
dibibir, tidak dapat dinafikan bahawa adik kembarnya itu memang mempunyai rupa
yang agak menarik perhatian ramai.
Sewaktu mereka sama-sama belajar di institut pengajian suatu ketika dahulu,
ramai teman-teman kuliah yang meminati Hazriq tetapi adiknya itu seakan tiada
perasaan untuk dikongsi bersama. Dia lebih suka perbicaraan mengenai hal hati
dan perasaan tidak dibincangkan. Tetapi dia bukanlah langsung tidak boleh
berbicara mengenai hal tersebut cuma jangan dibincangkan hal hati dan
perasaannya. Jawapan yang selalu diberikannya ialah, ‘Aku tak suka bincang
pasal hal ni lah. Aku tak ready lagi. Aku tolong bagi idea selesaikan masalah
orang lain sudah. Masalah aku lain kali datang yer.’
Entah apa yang membuatkan adiknya itu membuat keputusan dengan keluar
dengan Alysha. Apa motif dan sebab musabab masih tidak dapat difkirkan lagi.
Dengan melihat wajah tampan yang mulus itu, Hazra Laili tidak dapat menduga apa
difikiran Hazriq.
Hazriq mendekati Hazra Laili. Tangannya mencapai tangan kakaknya itu.
Aliran haba yang mengalir seiring dengan rasa yang hadir. Hazra Laili akui, dia
tidak pernah boleh memarahi Hazriq lama-lama. Sayangnya pada adik kembarnya itu
melebihi segala-galanya. Yelah, mereka lahir dari rahim yang sama juga
berkongsi tali pusat yang sama. Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa sakit.
“Ayong, Angah tak ada niat nak
main-main atau apa-apa saja yang hang fikirkan tu. Aku ni betul-betul serius
dengan Alysha. Aku sayangkan dia!” Laili seakan terkena kejutan elektrik dengan
luahan rasa adiknya itu.
“Aku tak main-main ni Ayong. Aku serius! Aku bagitahu dekat hang ni sebab
tak nak hang fikir aku membelakangkan hang. Petang tadi aku terserempak dengan
dia. Kebetulan pula aku nampak dia macam ada masalah saja tadi. Aku pun
tolonglah...”
“Eh..kejap! Kejap! Hang cakap dia ada masalah? Masalah apa?”
“Ada seorang mamat ni macam paksa dia ikut mamat tu. Aku nampak dia tengah
makan pun ter’bantut’. Mamat tu aku rasa suka dekat dia kot. Aku waktu tengok
mula-mula tu macam tak ada rasa apa-apa sangat tapi bila aku tengok mamat tu
pegang tangan Lysha dan paksa-paksa dia, aku jadi panas hati kot. Aku terus
saja pergi dekat dia orang dan tanpa belok-belok aku terus saja serang mamat
tu. Aku siap ngaku aku ni pakwe Lysha lagi. Siap ngaku nak bertunang tak lama
lagi. Hehe. Tapi Ayong...time aku cakap macam tu, aku rasa aku serius dengan
kata-kata aku. Untuk nak confirmkan perasaan yang aku alami tu, aku bawa dia
pergi jalan sampai ke Penang. Aku pun tak perasan bila masa tiba-tiba kereta
yang aku bawa tu dah sampai Penang. Aku sedar-sedar saja dah lepas tol. Aku pun
dalam pelik-pelik tu drive sajalah sampai Queensbay. Dekat sana, aku ajak dia
lepak dekat kopitiam. Kami ambik sudut hujung yang aman sikit. Dekat situ, aku
usha muka dia. Dalam hati aku terdetik yang aku tak sanggup hendak lepaskan
dia. Aku taknak pun lepaskan dia. Aku rasa nak memiliki dia. Aku cakap kat dia
yang aku serius dengan kata-kata aku depan mamat tadi yang aku hendak bertunang
dengan dia. Dia terkejut sangat-sangat. Aku rasa macam dah menakutkan dia. Tak
sempat nak cakap lagi ayah dia dah call. Aku pun terpaksa lah hantar dia balik
tapi dalam kereta aku cakap lah dekat dia yang aku minta maaf bagi dia terkejut
macam ni cuma aku rasa aku memang tak sanggup nak lepaskan dia. Cukuplah aku
lepaskan peluang dan masa yang dah lepas ni. Aku dah tak sanggup. Aku tengok
dia tunduk saja. Dia tak cakap apa-apa sangat pun. Aku rasa dia masih terkejut
kot.”
Hazra Laili yang mendengar penerangan adiknya itu hanya mampu tersenyum.
Dapat dibayangkan muka sahabat baiknya itu terkejut. Yelah, si Alysha tu memang
sudah lama ada perasaan dekat Hazriq. Mestilah dia terkejut sebab mimpi jadi
kenyataan. Bayangkan penantian selama 13 tahun membuahkan hasil. Tak sia-sia
pendam perasaan dari tingkatan 1 lagi. Tetapi sebelum itu, Hazra Laili perlu
memastikan perasaan Hazriq yang sebenarnya dulu. Dia taknak sahabat baiknya itu
merasa kecewa lagi. Sudahlah sebelum ni Hazriq tidak pernah melayan mahupun memberikan
sebarang respond kepada Alysha, entah macam mana pula Hazriq boleh kata ada
perasaan pula dekat Alysha.
“Oklah Angah..aku nak tanya hang beberapa soalan dulu sebelum aku beri
keizinan untuk hang bercinta dengan kawan baik aku tu.” Hazriq mengerutkan
dahinya.
“Kejap Yong..bukan hang dengan Mama ke yang hendak sangat sebelum ni Lysha
tu jadi menantu keluarga ni?”
Riak terkejut terpancar di raut wajah mulus milik Hazra Laili. ‘Macam mana
pula budak ni tahu pasal hal ni?’ Monolognya dalam hati.
“Eh, budak ni! Apahal hang perasan sangat ni?” Laili cuba untuk tidak
menyatakan kebenaran. Teringat kembali janji kepada Alysha. Cukup dia dan Mama
yang tahu akan perasaan sebenar Lysha terhadap Hazriq. Itu janjinya.
“Aku bukan perasan tapi kenyataan! Aku tahu dari Mama. So, hang tak payah
lah nak cover dari aku.”
Hazra Laili tersenyum sebelum menceritakan keadaan sebenar. Dan Hazriq juga
menyatakan kebenaran mengenai hatinya. Malam itu pasangan kembar itu berkongsi
seribu satu kisah yang telah disimpan rapi dari pengetahuan masing-masing.
Inilah masa untuk berkongsi rahsia besar. Hahahaha.
“Sayang, nanti saya ambil awak tahu. Siap-siap!” Dengan penuh keselambaan Hazriq
mengganggu Alysha dengan panggilan telefonnya. Alysha yang masih berehat kerana
masih terasa letih duduk didalam kereta api selama 9 jam tanpa bangun-bangun
terkejut dengan pelawaan selamba Hazriq itu.
“Eh, awk ni. Apesal pula ajak saya?” Sebenarnya kata-kata itu lebih kepada
menutup rasa malu yang hadir kerana di panggil ‘sayang’ oleh Hazriq sebentar
tadi.
“Lah, awak ni. Mestilah saya ajak awek saya. Takkan saya hendak ajak awek
orang lain keluar date dengan saya kot?” Alysha terkedu. ‘Awek?? Dia ni betul
ke tak betul ni? Dari semalam duk jadi sewel tak habis-habis lagi ni!’ Monolognya
sendiri.
“Sayang..? Sayang..?” Sekali lagi Alysha terkedu. Namun marah lebih
bermaharaja lela dihati. Makin sakit jiwa dibuatnya mendengar suara pujaan hatinya
itu.
“Saya rasa awak ni dah silap call orang ni Riq. Awak mengingau ke sampai
boleh salah call orang ni? For your information, I am Alysha Narish ok?!
Please..bangun dari rasa kantuk awak tu boleh tak?” slumber sahaja Alysha
meneka mungkin Hazriq masih tidur kala jam di dinding sudah menunjukkan angka
10 pagi. Walau badannya masih terasa
keletihan, mata yang sudah dibiasakan untuk bangun awal tidak dapat menyambung
kembali tidur usai solat subuh pagi tadi. Alysha memandang pula persekitaran
ruang tamu yang sudah dikemas rapi. Biasalah tinggal rumah dekat ayahanda yang
sudah single sejak 10 tahun yang lalu. Rumahnya di kampung yang aman dan damai
itu seringkali sahaja berselerak setiap kali dia pulang ke rumah itu.
“Sayang...awak mengelamun lagi ek? Tak apa lah. Lagi 30 minit saya sampai.
Awak tunggu sajalah. Bye!” sayup-sayup baris kata-kata terakhir dari Hazriq
meninggalkan kesan kepada Alysha sebelum pandangannya berubah kepada handphone
yang berada di tangan.
Aik. Dia tak salah dengar kan? Hazriq nak datang rumah dalam masa 30 minit?
Ah..msti dia bermimpi di siang hari. Cukup-cukup lah mimpi yang tak pasti pada
petang semalam. Petang semalam?? Oh, no! Takkan lah apa yang jadi semalam bukan
satu mimpi??
“Lysha??”
“Ya, ayah.”Panggilan dari ayah disahut sebelum kaki melangkah ke luar
rumah.
“Ada apa ayah?” Alysha bertanya seraya sampai disisi ayahnya. Encik Norman
yang sudah bermandikan peluh tika itu mengangkat wajah memandang anaknya yang
sudah tercengat setia.
“Tolong ayah siram aiq kat pokok-pokok ni sat. Ayah nak pi mandi. Hangat
dah badan ni. Matahari pun dah tercongok ataih kepala dah ni! “ Alysha
memandang ayahnya geram.
“Ayah ni memang lah! Yang kat dalam rumah tak kalut nak kemaih, yang kat
luaq nih jugak yang dia dok sibuk-sibuk nak kemaih! “ Alysha mula meluahkan
ketidakpuasan hati dengan gelagat ayahnya. Suka betul dok menjaga rapi hal
ehwal pokok-pokok tapi keserabutan keadaan dalam rumah tidak pula dihiraunya.
Melihat sengihan Encik Norman yang sudah mengangkat kaki lari dari
bebelannya itu, Alysha menggeleng-gelengkan kepalanya dua tiga kali. Begitulah
gelagat ayahnya jika dia menyuarakan hal yang sama setiap kali dia pulang ke
kampung. Tangannya kemudian lantas mencapai paip getah yang tergantung elok di
tepi tiang yang berada dekatnya itu. Paip air di buka lantas tangannya pantas
menyiram pokok-pokok ayahnya.
Leka memain air ketika membasuh kereta selepas menyiram pokok membuatkan
Alysha tidak sedar kehadiran Hazriq. Begitulah Alysha, sangat tekun dengan
kerja sehingga lupa keadaan sekeliling. Tayar kereta yang terlekat gula-gula
getah lebih mendapat perhatian. Percubaan membersihkan sisa kekotoran di tayar
kereta MyVi warna ungu metalik itu lebih mendapat perhatian. Encik Norman yang
terlihat kelibat Hazriq mendekati selepas beliau siap memakai pakaian selepas
mandi sebentar tadi. Hazriq yang menyedari kehadiran Encik Norman terus
mendekati dan memberikan salam serta mengucup tangan tua itu. Senyuman manis
dan ikhlas dari hati membuatkan Encik Norman senang dengan tingkah pemuda yang
sopan itu. Lantas di jemputnya Hazriq masuk ke rumah dan mereka berbual panjang
tanpa menghiraukan Alysha yang masih tekun mencuci keretanya.
Alysha memandang Hazriq disebelah yang masih tekun makan BigMacnya yang
sudah tinggal separuh. Alysha memandang pula talam didepan matanya yang elok
terhidang 1 set Chicken McDeluxe kegemarannya. Mana Hazriq tahu kegemarannya
itu? Erm, mestilah dari Hazra Laili. Teman baiknya itu memang muka tak bersalah
langsung makan dengan lahapnya McChicken yang duduk berhadapan dengannya
sekarang ini. Memandang Aiman yang setia disebelah Hazra menguyah kentang
goreng sambil tersenyum manis memandang Alysha, perasaan marah yang hendak
disembur kepada kembar itu disimpan dahulu. Tangannya mencapai coke dan di
hirup perlahan. Entah kenapa tekaknya tiada selera menghadap makanan di depan
mata. Mungkin kerana terlalu geram mungkin.
Hazriq yang sudah menghabiskan burgernya menghirup air sambil memandang
sekilas wajah merah menahan amarah Alysha. ‘Eish..comelnya dia! Geram betul aku
tengok! Rasa macam nak cubit-cubit saja pipi gebu tu. Geram betul aku tengok!’
monolognya sendiri. Tingkah lakunya itu tidak disangka sudah menarik perhatian
abang iparnya. Aiman tersenyum sendiri. Hazra yang memandang wajah suaminya
yang sudah tersenyum kambing seorang tu menegur.
“Daddy dah kenapa dok sengih sorang-sorang ni? Buang tabiat ka? “ soalan
spontan dari mulut Hazra menarik perhatian Alysha dan Hazriq. Mereka memandang
pasangan itu.
Aiman masih tersenyum sambil bersilih pandang memandang wajah mulus isteri
tersayang dan adik iparnya itu. Senyuman masih terlekat dibibir. 3 pasang mata
yang memandang Aiman itu sudah pelik dengan lakunya. Aiman membuahkan bicara
sambil memandang wajah isteri tercinta.
“Tak adalah sayang..daddy tengok si Afiq ni dok usha si Lysha ni macam nak
dah tak sabaq-sabaq dah nak terkam budak tu. Nak tergelak daddy dibuatnya.
Kelakar!” mendengarkan kata-kata yang terluah dek bibir Aiman itu, tersentap
Hazriq dan Alysha. Kedua-dua mereka menahan malu yang teramat. Bagi Hazriq, dia
tak sedar sejak bila abg iparnya mencuri pandang kelakuannya. Malunya terasa kerana
di’tangkap basah’ begitu. Alysha pula malu dengan kata-kata Aiman itu kerana
merasakan Aiman bergurau untuk mengusiknya. Mesti Aiman sudah tahu dia pernah
mempunyai perasaan kepada Hazriq melalui Hazra. Hati Alysha berkocak hebat tika
ini. Perasaan kepada Hazriq memang sukar dihalang. Sukar dibuang! Sukar
dibendung! Walaupun gurauan dan bukannya perkara benar, perasaannya berbunga.
Hazra yang lepas ketawanya berdekah-dekah dek kerana kata-kata suaminya itu
masih ketawa sambil menekan-nekan perutnya menahan tawa yang masih bersisa. Perasaan
cinta di wajah kembar dan teman baiknya itu memang orang lain pun boleh
perasan. Airmata ketawa yang bersisa ditubir mata diseka.
“Daddy, macamlah tak tahu depa ni. Masing-masing punya perasaan yang sama
tapi ego!”Alysha memandang Hazra geram. ‘Suka hati dia ja dok lepaih cakap
macam tu.’ Pandangan geram Alysha slumber saja dibalas Hazra tanpa perasaan
bersalah. Sengihan terpancar di bibirnya.
“Ara, why not hang ikut aku pi Ladies sat. “ Alysha segera menarik lengan
kawannya itu tanpa perlu menunggu jawapan Hazra. Hazra hanya mengikut sambil
sempat mulutnya menuturkan pada suaminya untuk menjaga beg tangan yang di
tinggalkan di sebelah duduk suaminya itu.
“Maksud hang adik hang tu memang ada hati dekat aku lah? Kira bukan
main-main..bukan gurau-gurau macam tu?”Hazra masih setia menganggukkan kepala
untuk kesekian kalinya. Sudah banyak kali soalan yang sudah lebih kurang sama
saja jenis dan bentuk soalan berkisarkan ketepatan perasaan Hazriq kepada
Alysha dijawabnya. Muka Alysha yang masih tidak mempercayai akan hakikat yang
satu itu membingungkan dia. Sudah lebih kurang setengah jam mereka
menghilangkan diri dari suaminya serta adiknya. Dari restroom, mereka kini
berada di kerusi dikaki lima disepanjang laluan ditengah-tengah pusat beli
belah yang dikunjungi sejak 3 jam yang lalu.
Bukan sudah bosan dengan teman baiknya itu cuma dia risau mereka yang
menanti kerisauan dengan ‘kehilangan’ yang dirancang oleh Alysha ni. Memandang
beg sandang temannya yang berbunyi lagu Fobia Cinta nyayian Nashrin yang
berbunyi sejak dari tadi, Hazra tahu adiknya dan suaminya yang menelefon Alysha
namun dengan muka slumber cicak kobeng saja Alysha buat derk tak hiraukan
panggilan-panggilan mereka. Hazra bungkam. Tidak tahu apa yang perlu dibuat.
“Lysh..aku tahu hang memang tengah dok buntu plus serabut dengan kekeliruan
semua ni. Aku tau adik aku tu memang suka buat serabut lagu ni tapi boleh tak
atleast hang caya dekat aku? Aku ni kawan baik hang kot. Takkan lah aku nak
tipu hang lepaih tuh aku sekongkol dengan adik aku nak main-mainkan hati dan
perasaan hang pulak. Bukan aku tak tau betapa hang tu suka kat adik aku and
then pendam perasaan sorang-sorang sejak lebih 13 tahun dulu. Hang ingat aku
tak sedaq ka? Hang ingat aku tak perasan? Aku perasan babe..cuma aku buat macam
tak nampak sebab aku pun ada masalah sendiri. Mula-mula aku fobia dengan
masalah risau kawan baik jadi adik ipaq, lepas tu masalah dengan adik aku tu
yang konon-konon masih dalam trauma putuih cinta. Herm..masalah dengan sepupu
aku yang nak kat hang lagi. Aku pening! Dalam dilemma yang lagi banyak dari
hang kot. Tapi sekarang...hang jangan risau tau sayang. For sure kali ni adik
aku memang suka plus sayang plus cinta dekat hang!”
Luahan dari Hazra walaupun ada sedikit mengusik jiwa, Alysha masih tidak
berpuas hati. Mungkin layanan buruk dari Hazriq sebelum-sebelum ni tambah
menyakinkan Alysha bahawa semua ini adalah lawak jenaka dari Hazriq
semata-mata.
“Ara..aku..”
“Bawak mai sini handphone hang kat aku.”Bunyi dari telefon bimbit Alysha mematikan bicara Alysha. Tangan mencapai handphone di dalam begnya. Handphone dicari. Dapat, terus di capai dan diserahkan kepada Hazra tanpa memandang siapa gerangan yang menelefon ketika itu. Perbualan Hazra bersama pemanggil tidak dihiraukan kerana masalah hati yang masih berkecamuk lagi memerlukan perhatian serius darinya. Namun, tidak lama. Sejurus Hazra menamatkan perbualan dan cuba menarik perhatiannya untuk menyambung kembali perbualan mereka, Alysha terkedu memandang gerangan insan didepan mata yang sudah lama tidak bertemu dengannya. Gerak badan sudah tidak dapat dikawal dan tingkah spontannya yang berdiri menarik perhatian Hazra. Hazra terus memandang ke arah yang sama. Jejaka yang tersenyum manis didepan mereka sambil memandang Alysha menarik perhatiannya. Siapa pula jejaka ni. Tidak pula dikenalinya. Memandang wajah pucat lesi Alysha,hati Hazra lebih tertarik untuk mengetahui gerangan pemuda tersebut.
“Bawak mai sini handphone hang kat aku.”Bunyi dari telefon bimbit Alysha mematikan bicara Alysha. Tangan mencapai handphone di dalam begnya. Handphone dicari. Dapat, terus di capai dan diserahkan kepada Hazra tanpa memandang siapa gerangan yang menelefon ketika itu. Perbualan Hazra bersama pemanggil tidak dihiraukan kerana masalah hati yang masih berkecamuk lagi memerlukan perhatian serius darinya. Namun, tidak lama. Sejurus Hazra menamatkan perbualan dan cuba menarik perhatiannya untuk menyambung kembali perbualan mereka, Alysha terkedu memandang gerangan insan didepan mata yang sudah lama tidak bertemu dengannya. Gerak badan sudah tidak dapat dikawal dan tingkah spontannya yang berdiri menarik perhatian Hazra. Hazra terus memandang ke arah yang sama. Jejaka yang tersenyum manis didepan mereka sambil memandang Alysha menarik perhatiannya. Siapa pula jejaka ni. Tidak pula dikenalinya. Memandang wajah pucat lesi Alysha,hati Hazra lebih tertarik untuk mengetahui gerangan pemuda tersebut.
“Hai Narish. How do you do? Lama tak jumpa. Buat apa sekarang?” bicara
mesra Fariz ternyata menyakitkan telinga dan segala urat saraf Alysha. Sungguh
tidak bersalah riak muka Fariz tika itu. Terketar-ketar Alysha menahan rasa
meluat dan menyampah terhadap Fariz yang dahulu pernah menyakitkan hati Alysha
dengan kata-kata fitnah semata-mata untuk memutuskan hubungan mereka. Sakitnya
luka yang ditinggalkan oleh Fariz masih berbisa sehingga sekarang. Masih
berdarah. Jika disebut nama Fariz dan kolej mereka dulupun sudah boleh
membuatkan Alysha membuak-buak rasa marahnya inikan pula berhadapan dengan tuan
badan didepan mata kini.
“You makin cantik sekarang. Makin bergaya! Mengancam! Tergoda I tau. I
ingatkan siapalah tadi. Serius cakap you memang cantik and hot tau sekarang. “
Senyuman menggoda Fariz dipandang dengan pandangan geram Alysha. Sakitnya hati
hanya Tuhan yang tahu. Kenapa mesti Fariz berlagak seolah-olah dia tidak pernah
menyakitkan hati dan perasaannya?? Kenapa??
“Awak ni siapa ya? Macam mana kenal dengan kawan saya ni?” Hazra yang
bengang kerana sedari tadi hanya melihat kemesraan yang disampaikan oleh pemuda
dihadapan mereka ini kepada bakal adik iparnya itu sangat-sangatlah tidak puas
hati.
Fariz yang baru menyedari kewujudan teman Alysha itu segera menghulurkan
salam perkenalan. Hazra tidak menyambut huluran tangan pemuda itu namun sedikit
menunduk seakan menghormati pemuda itu. Menyedari akan hal itu Fariz menarik
kembali huluran tangannya. Senyuman diberikan seakan memahami keadaan itu.
“Hai. Saya Fariz. Teman Alysha. Kami sama-sama belajar di kolej dulu kan
sayang kan?” Masih mempamerkan senyuman ‘buaya’nya. Alysha mempamerkan muka
meluat dengan tingkah Fariz. Tidak menyukai bicara Fariz yang memperkenalkan
diri dengan hubungan yang nampak kabur itu. Apa motif Fariz mengenalkan dirnya
kepada Hazra begitu?
Hazra sempat memandang Alysha sekilas sebelum memperkenalkan dirinya kepada
Fariz.
“Oh..hai. Saya Laili. Kawan sekolah Narish.”
Begitulah Hazra. Untuk teman yang tidak dikenali, nama Laili akan
dituturkan untuk memperkenalkan diri. Pandangan gatal dari Fariz terhadap
Alysha ternyata mendatangkan rasa tidak senang bukan sahaja kepada Hazra tapi
Alysha juga.
Entah kenapa perasaan marah yang berbukit-bukit dan bergunung-ganang untuk
Fariz tidak terluah oleh Alysha. Hanya mampu membalas pandangan miang Fariz dengan
muka yang jelas menunjukkan tidak suka dengan kehadiran Fariz disitu. Fariz
buat-buat tidak sedar akan maksud pandangan mata yang penuh dengan kebencian
itu. Tika ini niat dihati untuk memiliki kembali hati gadis didepan matanya itu
lebih memuncak. Muka ditebalkan kerana dia merasakan dia perlu memiliki gadis
itu!
“Laili, kawan awak ni kenapa diam saja dari tadi? Saya ni dah lah lama tak
jumpa dia. Rindu sangat-sangat! Dekat tuan badan dan tuan empunya suara
serak-serak manja tu.” Fariz masih tidak jemu memancing perbualan dengan
Alysha. Rindu untuk menatap wajah manis tersenyum indah menampakkan lesung
pipit di pipi kanan gadis tersebut. Ketawa sengaja dibuat-buat menarik minat
gadis itu untuk berbual.
“Hahahaha..dia ni sakit tekak lah tu. Cakap banyak sangat dari tadi.
Hahahahahaha...”
Hazra ketawa palsu. Geram melihat gelagat Alysha yang diam dari tadi. Kalau
tak suka dekat mamat ni yang dia dok ngadap lagi muka mamat ni dah kenapa??
Blah jelah!
“Mummy...” kehadiran Aiman dan Hazriq yang tiba-tiba itu ternyata
menyelamatkan keadaan. Hazra segera memeluk pinggang Aiman mesra selepas Aiman
dengan slumbernya meletakkan tangan dibahu Hazra. Hazra tersenyum ke arah Aiman
mesra. Dia tahu suaminya itu cemburu. Sebab itu lah dia pun boleh buat muka tak
malu layan kerenah suaminya itu. Selalunya dia malu untuk menunjukkan aksi itu
dikhalayak umum tapi memikirkan akan status suami isteri yang sudah di sandang
mereka sekarang, dia rasa tidak perlu dia merasa malu. Hehe. Hazra lantas
memberi signal mata kepada Hazriq untuk melakukan aksi yang sama dengan Alysha.
Hazriq menurut namun tidaklah berlebihan. Cukup memegang tangan Alysha sambil
mengosok-ngosok telapak tangan dan jari jemari Alysha yang ternyata sudah beku
mungkin. Sejuk bukan main lagi.
“Sayang...buat apa kat sini dengan Ayong ni? Penat tau Riq dengan Aiman
cari korang dua orang. Kalau ya pun nak main aci sembunyi-sembunyi, bagitahulah
dulu. Takpun pakai lah baju tebal-tebal sikit. Ini tak, sweater ditinggalnya,
dia pula main sembunyi-sembunyi dulu. Bukan tak tahu mall ni sejuk. Sayang tu
kan tak boleh tahan sejuk sangat. Kalau demam macam mana?” Suara bebelan Hazriq
terdengar lembut menyentuh gegendang telinga Alysha. Tangan Hazriq yang sudah
mendarat dibahunya selepas memakaikan sweater miliknya dibadannya terasa aman. Alysha
memandang Hazriq yang sudah mengambil tempat disebelah kiri Alysha sambil
tersenyum tampan memandangnya. Tersenyum tampan?? Alysha mengalihkan pandangan
ke tempat lain. Oh..my God! Apa kena dengan aku ni? Macam mana pula aku boleh
kata dia macam tu? Tak pernah-pernah aku guna istilah macam tu. Pandangan
dihalakan kembali ke wajah Hazriq. Ketampanannya memang tidak dinafikan. Tangan
yang menyentuh jari jemarinya dipandang. Perasaan di hargai entah kenapa
menyelinap di ruang jantung Alysha. Pandangan tajam dari Fariz tidak
diendahkan. Entah kenapa layan perasaan indah itu lagi penting dirasakannya.
“Narish dear..who is this?” Fariz bertanya pantas selepas merasa perasaan
marahnya seakan tidak dapat dibendung melihat aksi berbalas pandangan Alysha
dan entah mamat mana yang boleh tahan juga rupa dan gayanya.
Spontan Alysha, Hazriq, Hazra dan Aiman memandang wajah Fariz yang memang
tak kena cerita. Dah sah-sah nampak Alysha dengan Hazriq macam pasangan
kekasih, perlu ke lagi tanya soalan bangang tu.
Dek kerana geram dengan Fariz, Alysha dengan selamba memeluk lengan Hazriq
mesra sambil tersenyum manis sehingga menampakkan kedua-dua lesung pipit yang
menghiasi pipi putih gebu miliknya. Susah nak lihat lesung pipit belah kiri
pipi tersebut namun nampaknya senyuman kali ini dapat menampakkan lesung pipit
tersebut. Hazriq dan Fariz terkedu melihat. Kecantikan Alysha ternyata tidak
dapat dinafikan.
Alysha yang tersenyum kepada Hazriq sebelum membuang pandang ke arah Fariz
sempat mengeyit mata kepada Hazriq menandakan supaya dia turut serta berlakon
untuk jalan cerita yang akan direka Alysha sekejap lagi. Sekali lagi Hazriq
terkedu.
“Fariz..sorry. I harap you tak panggil dah I dengan gelaran dear or sayang
tu lagi. Bukan apa, my fioncee ni tak suka berkongsi panggilan manja dengan
lelaki lain. Even abg ipar I pun just boleh panggil I dengan nama saja. I harap
you faham. I taknak lah dia rasa I macam tak sayang dia pula sebab biarkan diri
dia berkongsi I dengan orang lain. Padahal hakikatnya I sayang dia
sangat-sangat! “ Fariz ternyata geram dengan butir bicara Alysha itu.
Melihatkan kemesraan Alysha dengan pemuda yang digelar tunangnya itu ternyata
menunjukkan Alysha tidak berbohong bercinta dengan pemuda itu. Melihatkan
pandangan penuh cinta dari mereka ternyata menimbulkan perasaan tidak enak
dihatinya.
Akal dan mindanya sakit memikirkan yang senyuman Alysha hanya terukir untuk
lelaki tersebut.
“Hai..I’m Hazriq Afiq. Nice to meet you. Kawan lama tunang I ke?” Hazriq
cuba beramah dengan pemuda didepannya itu memandangkan Alysha masih tidak
mengenalkan status pemuda itu kepadanya.
“Erm..Fariz ni....”
“...bekas kekasih tunang awak. “ Pantas benar Fariz memotong percakapan
Alysha. Sengaja dia mengeluarkan status begitu. Hendak melihat aksi Hazriq.
Ternyata Hazriq terkejut. Terlepas genggaman tangannya kepada Alysha. Hati
Fariz suka dengan keadaan itu. Muka Alysha yang nyata pucat dengan hakikat yang
dinyatakan beliau sebentar tadi telah membuka ruang untuk dia melihat keretakan
hubungan Alysha dan tunangnya itu. Namun, Fariz lupa akan kehadiran Aiman yang
lebih bijak memahami keadaan. Beliau tersenyum sebelum hendak menyelit didalam
kisah Alysha. Nasib baiklah dia mempunyai ingatan yang kuat pada setiap bicara
isterinya mengenai kisah hidup Alysha. Dia percaya Fariz inilah jejaka yang
telah sesuka hati menabur fitnah terhadap Alysha. Melihatkan keadaan yang
tegang diantara Hazriq dan Alysha, dia tahu dia perlu melarikan mereka dari
Fariz untuk membetulkan keadaan.
“Erm, Encik Fariz kan? Minta maaf ye. Saya ni bukan nak kurang ajar ke apa
tapi kami kena minta diri dulu. Ada hal lain lagi kami ni. Minta diri dulu ye.
“ Dengan pantas Aiman menyalam tangan Fariz dan mengajak mereka yang lain
berlalu dari situ. Dalam keserabutan jiwa, Hazriq masih sempat menyalam tangan
bekas kekasih ‘tunang’nya itu dengan penuh keterpaksaan. Fariz menghulur tangan
ke arah Alysha namun Alysha sedikitpun tidak memandangnya. Alysha sudah
mengikut rentak kaki Hazriq yang sudah bergerak kedepan. Entah kenapa Hazriq
merasakan dia seakan ‘kalah’. Dia rasa hilang, kecewa, terluka! Mestilah Alysha
akan jatuh sayang kembali kepada orang yang pernah diluahkan rasa cinta sebelum
ini kan? Itu yang difikirkan dan menganggu fikirannya. Alysha disisi yang setia
mengikut langkah kakinya itupun sudah tidak dipedulikannya. Hazra dan Aiman
yang cuma menurut langkah kaki Hazriq dari tadi tidak puas hati dengan Hazriq
yang buat tak peduli saja dengan kehadiran mereka. Aiman yang geram terus
melompat didepan Hazriq untuk menghalang Hazriq terus melangkah lagi.
“Afiq..ni tiket hang dengan Lysha. Jom tengok wayang. Toksah nak buat layan
perasaan sangat na. Tadi dah cakap kan nak tengok wayang sangat kan? Dah jom!
Wayang pun rasanya dah start ni. Jom cepat! “ Pantas saja Aiman menarik tangan
Hazriq sehingga ke tempat wayang. Hazra juga melakukan perkara yang sama kepada
Alysha. Sesampainya dipintu serahan tiket, segera Hazra menolak Alysha kesisi
Hazriq. Hendak tak hendak Hazriq menghulurkan tiket kepada pemuda yang menjaga
disitu. Sempat Hazriq memandang wajah mendung Alysha. Entah kenapa dia rasa
sedih melihat wajah manis itu bermurung begitu. Namun apabila hati merasa
bahawa Alysha sedih kerana terpaksa berpisah dengan bekas kekasihnya tadi
kerana terpaksa mengikutnya, Hazriq kecewa. Aiman dan Hazra yang sudah teruja
mencari tempat wayang mereka sudah menyaingi langkah Hazriq dan Alysha yang
ternyata lembap sahaja. Alysha dan Hazriq hanya mengikut langkah kaki mereka
yang laju di depan.
Masuk sahaja kedalam wayang. Suasana kelam yang cuma dibayangi cahaya dari
skrin besar yang memaparkan cerita yang sudah bermula 10 minit itu membuatkan
Hazriq susah mencari tempat duduk mereka. Kelibat Aiman dan Hazra juga sudah
tidak kelihatan. Mungkin mereka sudah berjumpa dengan tempat mereka. Al-maklum
lah tempat mereka tidak sama. Dia juga yang mahu tempat jauh dari mereka ketika
membeli tiket bersama Aiman tadi.
Hazriq menoleh ke belakangnya. Walau tidak nampak muka Alysha dengan jelas,
namun dia masih ternampak riak takut diwajah comel itu. Entah kenapa apa
silapnya derap langkah Alysha, dia tersadung karpet disitu. Dia hampir jatuh
namun sempat ditahan Hazriq. Untuk menahan tubuh Alysha daripada terjatuh
Hazriq terpaksa memeluknya. Perasaan sayang yang pernah ada untuk Hazriq
ternyata membuatkan hati Alysha berdetak hebat dengan situasi yang sedang
dialami mereka ketika ini. Bagi Hazriq pula, perasaan cemburu dan tidak senang
dengan kehadiran Fariz sebentar tadi sudah hilang diganti dengan perasaan
indah, perasaan bahagia memeluk Alysha disitu.
“Encik, Cik, ada masalah ke?” suara pekerja yang menjaga didalam wayang itu
mengejutkan pasangan tersebut. Alysha diserbu dengan rasa malu yang teramat
sangat dengan kejadian tersebut. Sudahlah bukan dia yang sedar tapi disedarkan
oleh orang lain. Nampak sangatlah dia masih berperasaan dekat Hazriq. Malunya
dekat pekerja wayang dan orang-orang yang memandang walaupun dia tidak tahu
betul ke ada yang melihat aksi mereka tadi.
“Kami cari seat ni.” Hazriq menghulurkan tiket wayang mereka kepada pekerja
itu. Pekerja yang mempunyai lampu suluh kecil ditangan kirinya menyuluh tiket
tersebut dan lantas menyuruh Hazriq dan Alysha menurutnya. Untuk mengelakkan
Alysha tersadung lagi, Hazriq mencapai tangan Alysha dan dengan penuh berhati-hati
memimpinnya ke tempat duduk mereka. Alysha terasa selamat berada disamping
Hazriq. Ternyata jejaka pujaannya itu sangat melindungi. Ketika duduk, dapat
dilihat wajah Hazriq yang sungguh menarik perhatiannya.
“Lysh ok tak ni?”suara macho itu menegur setelah beberapa ketika. Alysha
memandang wajah Hazriq sekilas sebelum berpura-pura memandang skrin melayan
cerita yang ditayangkan.
“Ok.... Riq?” lambat-lambat Alysha bersuara. Entah kenapa dirasakan dia
bersalah dalam hal ni. Mesti Hazriq berfikir yang bukan-bukan tentangnya
apabila melihat dia melayan Fariz walaupun hakikatnya dia tidak langsung
melayan Fariz. Mukanya mendung saja. Hazriq yang memandang muka mendung Alysha
berasa gelisah. Kenapalah Alysha harus bertemu dengan bekas kekasih hatinya
ketika dia masih dalam perancangan memenangi hati Alysha kembali? Kenapa tidak
selepas dia mendapat kepastian rasa hati Alysha terhadapnya dulu? Hazriq
melepaskan keluhan.
“Riq ok. Mungkin Lysh yang tak ok. Yelah, terpaksa ikut Riq tengok wayang
padahal kalau tak terpaksa bolehlah Lysh
ikut Fariz tadi kan?” Ayat yang slumber keluar dari mulut Hazriq ternyata membuatkan
Alysha berkalih kepala 180° ke kanan. Muka Hazriq dipandang geram. Hazriq juga
turut mengalih pandangan memandang Alysha yang memandangnya. Mata yang agak
sepet itu dipandang Hazriq. ‘Cantiknya mata dia.’ Monolognya dalam hati.
“Sedap mulut Riq saja kan nak menuduh Lysh? Riq tahu ke apa yang Lysh nak
ke tak nak? Riq boleh baca apa yang dalam fikiran Lysh ke?” Alysha bertanya
garang tapi masih dalam nada yang hanya boleh didengari mereka sahaja.
“Tak. Riq tak ada kuasa membaca hati dan fikiran orang lagi.” Jawab Hazriq
lambat-lambat.
“Dah tu? Suka suki hati saja tuduh Lysh macam tu kenapa? Bukan Riq tahu pun
apa yang Lysh nak! Apa yang Lysh mahu! Mana boleh suka hati saja tuduh orang
macam tu!” Cahaya dari skrin ternyata
dapat menampakkan muka Alysha yang kemerah-merahan menahan geram. Hazriq
menelan liur kasar. Dia dah tempah bala ni. Bukan dia tak ingat pesanan
Ayongnya yang mahukan dia supaya sentiasa membuatkan kawan baiknya ini
tersenyum dan bahagia dan bukan marah-marah macam ni. Habislah kalau Ayong tahu
dan melaporkan kepada Mama. Teruk dia kena dengan dua wanita ni.
“Errr...Riq teka jelah. Mana tahu memang itu apa yang Lysh mahu. Yelah,
Lysh bukan nak pun bersama dengan Riq. Riq ni kan tak hansome untuk mencairkan
hati Lysh....”
“......siapa cakap??”pantas Alysha memotong percakapan Hazriq.
“......siapa cakap??”pantas Alysha memotong percakapan Hazriq.
“Riq lah..bukan ada orang lain cakap pun kalau dah memang keluar dari mulut
Riq.”
“Riq main cakap saja apa yang Riq rasa betul kan? Cuba tanya Lysh dulu. Ini
tak..main serkap jarang sendiri saja.” Alysha kembali memandang skrin. Dia
malas mahu menerangkan kepada Hazriq kalau Hazriq sendiri sudah ada
kesimpulannya sendiri. Buat apa membuang masa menerangkan pada orang yang
taknak dengar kan?
“Baiklah..kalau macam tu. Cuba Lysh bagitahu kat Riq apa yang Riq tak tahu
ni? Apa yang Lysh mahu? Apa yang Lysh nak?” Hazriq masih memandang Alysha
walaupun ternyata gadis itu sudah diam tidak ingin meneruskan lagi perbualan
mereka. Hazriq mengeluh perlahan sebelum menyandarkan kepalanya di kerusi yang
didudukinya sambil dengan lambat-lambat mengalih pandang ke skrin besar yang
terbuntang luas didepannya. Entah kenapa, cerita Zoo yang kelakar pun jadi tak
kelakar bagi mereka. Penonton-penonton yang lain sudah ketawa berdekah-dekah
dengan gelagat Mazlan yang mencuit hati tetapi bagi Alysha dan Hazriq, mereka
hanya menanti cerita yang ditayangkan habis cepat untuk segera keluar dari
keadaan yang sesak tanpa kata-kata dan seakan-akan berada bersama orang asing
saja.
Tapi tiba-tiba Alysha menjerit nyaring dan segera menutup mata dengan
tangannya dan ketakutan seorang diri. Hazriq pelik dengan kelakuan Alysha. Dia
memandang skrin kembali. Babak ketika Mazlan memegang ular sawa dan
meletakkannya di leher Azlee. Hurm..tak ada hantu pun. Apa kena dengan dia ni?
Hazriq melihat kembali keadaan Alysha. Dia masih tunduk dari melihat skrin.
Tangan masih menutup matanya. Hazriq kembali berfikir. ‘Alysha tu fobia dengan
ular. Kalau ada ular depan mata walaupun gambar saja, mulalah dia menjerit
macam orang gila.’ Kata-kata Hazra suatu ketika dulu bermain-main dikepala
Hazriq kembali. Senyuman nakal terukir dibibir. Tangannya pantas menepuk bahu
Alysha lebut.
“Lysh..dah habis dah. Sudah lah tu. Cuba tengok dekat skrin tu, dah tak ada
dah.” Hazriq menarik-narik Alysha untuk kembali menonton cerita tersebut sambil
mulutnya menahan tawa.
Alysha yang percayakan kata-kata Hazriq itu perlahan-lahan menegakkan
badannya dan menyandar pada kerusinya kembali. Matanya masih tidak memandang
skrin namun dia memandang muka Hazriq. Hazriq yang tersenyum manis kepadanya
menimbulkan perasaan lega dihatinya. Fobia melihat ular sawa besar yang
dipegang Mazlan tadi seakan hilang dengan melihat wajah Hazriq. Namun,
menyedari beliau terlalu lama memandang wajah Hazriq, Alysha kembali memandang
skrin. Namun tidak lama bila sekali lagi pandangan mata beliau disajikan dengan
gambaran ular itu lagi. Kepala Hazriq yang sudah mendekat dengannya dicapai dan
dipeluk kemas. Tangan yang sudah terketar-ketar dapat dirasakan oleh Hazriq.
Ternyata ketakutan Alysha terhadap ular bukan main-main. Boleh dirasakan
kesejukan tangan dan muka Alysha dikulitnya. Alysha memeluk Hazriq kuat seakan
tidak mahu melepaskannya. Hazriq membalas pelukan Alysha dan mengusap kepalanya
lembut walaupun ditapisi dengan selendang yang dipakai Alysha.
Alysha yang seakan tersedar dengan keterlanjuran dia memeluk Hazriq untuk
menghilangkan takutnya terus menolak Hazriq. Beliau kembali bersandar
dikerusinya tapi dia sudah tidak memandang lagi skrin besar didepan mata.
Alysha memandang ditempat lain. Hazriq pulak sudah tersenyum-senyum seorang
diri. Dia masih tidak berganjak dari posisinya tadi. Pandangannya masih kepada
Alysha yang sudah menunduk kebawah, pura-pura mencari sesuatu.
“Sayang cari apa tu?? Takkan lah cari ular pulak kat bawah tu?” Hazriq
bertanya slumber. Alysha pantas memandang Hazriq. Demi melihat muka yang tak
bersalah Hazriq dan teringat insiden yang berlaku sebentar tadi, muka Alysha
mula memerah menahan malu.
“Sayang ni. Lepas dapat peluk Riq sebab takutkan ular tu, sekarang dah tak
ada terus nak buat-buat tak nampak Riq dah lah ni?”Hazriq mengusik lagi.
Alysha yang konon-konon kembali melayan cerita Zoo itu kembali memandang
muka Hazriq pelik apabila teringatkan yang dia tak pernah bercerita kepada
Hazriq tentang fobianya terhadap ular.
Apabila terasa yang Hazriq sengaja mempermainkan dia dengan fobianya yang
satu itu, Alysha segera mengangkat punggung ingin keluar dari panggung. Hilang
senyum nakal Hazriq bila dia mendapat jelingan tajam dari Alysha. Mestilah Alysha
sudah dapat mengagak niat nakalnya tadi mengusik Alysha. Langkah kaki segera
dilajukan demi menyaingi langkah pantas Alysha.
“Lysh, tunggu!” Keluar saja dari panggung, segera tangan Alysha digapai
untuk menghentikan langkah gadis itu. Namun Alysha seakan tidak sudi memandang
wajahnya. Dia menarik Alysha untuk mendekat supaya dia dapat melihat wajah
Alysha. Alysha berpusing menghadap muka Hazriq.
“Yes..anything you wanna say??” Alysha bertanya garang. Hazriq kecut perut.
Tapi untuk membetulkan keadaan, dia sanggup walau dijerkah Alysha.
“I’m sorry. Betul-betul Riq nak mintak maaf ni. Riq bukan nak main-mainkan
Lysh tadi cuma Riq nak tengok sejauh mana kebenaran yang Lysh takutkan ular tu.
Tak sangka pula Lysh takut sangat-sangat.” Hazriq membuat muka simpati. Memang
itupun niatnya selain ada satu lagi niat tersembunyi. Biasalah lelaki.
“Lysh bukan takut tapi fobia! Boleh faham tak? Tipu sangatlah Riq tak penah
dengar Ayong Riq cakap pasal hal ni kan?” Alysha sudah mula berjalan kembali.
Hazriq kebuntuan namun beliau masih setia menurut langkah Alysha.
“Sayang..sorrylah. I promise I won’t do that anymore but only with one
condition.”Alysha menghentikan langkah dan memandang muka tembok Hazriq.
“Apasal Riq plak yang letak syarat ni??”
”Because you are mine! And I wanna us to get married next week. Tak kira
apa jadi next week kita nikah!”Tegas Hazriq bersuara.
Demi mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Hazriq itu, dia merasakan
debaran didada yang semakin rancak berdetak hebat. Mana tidaknya, tidak
disangka-sangka Hazriq akan melamarnya walaupun bukan dalam situasi romantik
yang diharapkan tapi masih lamaran itu dilakukan oleh jejaka yang mendapat
tempat istimewa dihatinya. Senyuman gembira cuba disorok. Gembiranya hati
mendengar ajakan si jejaka namun ego harus dijaga.
“Riq ni dah gila gamaknya. Ingat Lysh ni anak kucing ke apa ntah ajak
kahwin macam ni...”Melarat saja nada yang digunakan oleh Alysha. Dia kelihatan
malu-malu. Hazriq tersenyum senang. Memang tidak salah penglihatannya. Alysha
masih menyimpan perasaan terhadapnya. Hazriq semakin mendekat Alysha. Senyuman
paling manis dan sehabis macho dilemparkan kepada Alysha. Alysha semakin tidak
keruan.
“Riq bukan saja sudah lama gila tapi sudah lama sakit jiwa menahan panahan
asmara sayang. Riq terlalu sayangkan sayang dan rasa tak sabar-sabar nak
memiliki sayang dengan ikatan yang halal. Riq taknak kita teruskan hubungan
kita tanpa ikatan yang sah. Riq nak kita macam Ayong dan Aiman. Riq nak macam
tu. Nanti kita cepat-cepat kahwin, kita saing dengan dia orang dapatkan anak
kembar juga. Hehehehee...” Slumber saja Hazriq menyatakan apa yang tersirat
dalam hati tanpa memperdulikan muka Alysha yang sudah kemerah-merahan menahan
malu. Dia membulatkan mata mendengarkan ayat Hazriq. Hazriq ketawa besar.
“Yang Riq gelak seronok sangat ni kenapa pula? Lysh tak sempat nak cakap
apa-apa lagi ni tahu tak?”
Alysha bercekak pinggang menunjukkan bahawa dia sedang marah. Sementara Hazriq masih ketawa bahagia sorang-sorang dia.
Alysha bercekak pinggang menunjukkan bahawa dia sedang marah. Sementara Hazriq masih ketawa bahagia sorang-sorang dia.
Dengan tawa yang masih bersisa Hazriq mencubit pipi Alysha manja. Tak
sempat Alysha hendak menepis.
“Sayang ni cute lah bila marah-marah. Tambah-tambah lagi bila sayang buat
mata bulat macam tu, tak tahan Riq tahu! Rasa macam nak cium mulut sayang yang
cute tu.” Tindakan spontan Alysha yang menutup mulutnya mencurik ketawa besar
Hazriq lagi sekali. Dengan tawa yang bersisa, dia mendekatkan diri dan menunduk
ke telinga Alysha untuk mengatakan sesuatu kepadanya.
“Sebab itulah Riq nak cepat-cepat kahwin dengan Lysh sebab Riq nak ‘sentuh’
Lysh yang ‘halal’ untuk Riq. Tolong Riq..kita kahwin ya sayang?” Soalan yang
lebih kepada rayuan jejaka buat gadis yang sudah sedia memberikan sepenuh
cintanya kepada jejaka tersebut sejak 13 tahun yang lalu ternyata dapat
membuatkan kepalanya mengangguk setuju.
“Aku terima nikahnya Alysha Narish binti Norman dengan mas kahwinnya RM 500
tunai.”
“Sah?”
“Sah!”
“Sah?”
“Sah!”
“Sah!”
“Sah!”
Dengan itu rasmilah Alysha Narish menjadi milik Hazriq Afiq. Doa dipanjatkan
kepada Illahi kerana menjadikan impian untuk disatukan menjadi kenyataan.
Hazriq tersenyum memandang wajah isterinya yang nampak begitu menawan dengan
persalinan putih krim yang ditempah seminggu yang lalu. Hazriq mengotakan
janjinya untuk menikah dalam masa seminggu. Hubungannya yang baik dengan Ayah
Mertuanya Encik Norman ternyata memberikan peluang yang baik kepadanya. Encik
Norman bersetuju sahaja bila dikatakan mahu menikah cepat dengan alasan dia
mahu menebus masa-masa yang telah terbuang dengan membuatkan Alysha
ternanti-nantikan dia selama 13 tahun ini.
Badannya disiku adiknya, Arif Luqman. Dia memandang. Melihatkan gaya si
adik yang menyuruhnya mendekat isterinya, fahamlah Hazriq yang upacara
pembatalan air semayang akan diadakan. Dia bangun dan melangkah dengan
berhati-hati mendekati si isteri. Dilihatnya Alysha tersenyum manis menyambut
kedatangannya. Setia disisi Alysha tentulah Ayongnya, Hazra. Kakaknya itu
tersenyum menyindirnya. Tidak dihiraukan. Pandangan dialihkan kepada mama yang
sudah berada di sebelah kirinya sambil ditangan memegang cincin yang bakal
disarungkan ke jari Alysha. Hazriq menyambut cincin yang diberikan dan
menggapai tangan Alysha lantas disarungkan cincin tersebut kejari manis si
gadis pemilik hati. Balasan salam dan ciuman ditangannya membuatkan Hazriq
merasa sebak. Tidak disangka gadis ini sudah sah menjadi miliknya. Ciuman penuh
kasih sayang kepada si isteri diberikan Hazriq ke dahi si isteri. Hendak saja
dia membuat lebih dari itu tetapi memikirkan mata-mata yang melihat, tidak
sanggup lah dia. Lama dahi itu dikucup mesra. Sehingga di tegur mama barulah
dia dengan malu-malu melepaskan kucupan. Tangannya dihulur seuntai rantai emas.
Dia terkejut. Setahunya untuk upacara pembatalan air semayang cuma cincin. Dari
mana pula datang rantai ni?
“Ini Mama bagi hadiah dekat menantu Mama. Angah pasanglah cepat.”Bagai
memahami apa yang bermain difikiran Hazriq mamanya berbisik lembut ke
telinganya. Sungguh terharu Hazriq dengan mamanya itu. Tangannya segera
memasang rantai emas itu keleher Alysha. Alysha juga kelihatan sebak dengan
pemberian itu. Selepas menyalam lagi sekali tangan si suami, Alysha menyalami
tangan Mak Mertuanya namun dibalas dengan pelukan hangat untuknya. Untungnya
mendapat kasih mama. Tidak lah selepas
ini Alysha kekurangan kasih sayang lagi. Selepas ini hidupnya akan dikelilingi
dengan orang-orang yang akan mengasihinya dengan seikhlas hati. Alysha
tersenyum bahagia walaupun pipinya sudah dibanjiri air mata kesyukuran.
THE END!